KMKJ

SEJARAH PENUBUHAN
Pada hari Khamis, tanggal 06 April 1995M bersamaan 04 Zulhijjah 1414H, tertubuh secara rasminya sebuah Persatuan Anak Negeri Kelantan yang dikenali dengan Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan atau ringkasnya KMKJ. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil bersama seluruh anak negeri Kelantan di Jordan. Objektif utamanya penubuhannya ialah menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam bagi anak-anak Kelantan di Jordan.

Proses penubuhan mengambil masa 4 bulan bagi menyediakan draf undang-undang dan perkara yang berkaitan. Proses ini dikendalikan oleh pihak penaja yang dipengerusikan oleh YB Ust Nik Zawawi Salleh dan dianggotai oleh beberapa orang pelajar antaranya Ust. Haron Sulaiman, Ust. Wan Mohamad Zamri Wan Salleh, Ust. Azhar Arifin,Ustz. Mazlina Muhammad dan lain-lain.

Pihak penaja telah melantik lujnah penggubal draf perlembagaan yang diketuai oleh Ust Mazlan Ibrahim. Draf ini telah diluluskan secara rasminya pada Mesyuarat Agung Kali Pertama KMKJ dengan beberapa perubahan.
Dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama, pihak SPR telah mengumumkan semua calon telah menang tanpa bertanding dan perlantikan secara rasminya Yang diPertua yang pertama Ust Azhar Arifin@Yaacob serta Ketua Hewanya Ustz Mazlina Muhammad. Pada tahun 1996 Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan ditukar kepada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan yang berkekalan sehingga sekarang.

MOTTO KESATUAN

Mahasiswa Berwawasan Islam Gemilang

DASAR
Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas Islam.

OBJEKTIF
o Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar KMKJ
o Mengeratkan silaturahim di kalangan ahli
o Menjadi saluran rasmi di antara pelajar-pelajar Kelantan dengan kerajaan Negeri Kelantan khasnya dan kerajaan Malaysia amnya.
o Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada ahli.
o Menjalinkan perhubungan dengan persatuan-persatuan lain di Jordan khasnya dan di luar Jordan amnya.
o Berusaha meningkatkan prestasi akademik di kalangan ahli.

VISI
o Mewujudkan suasana ukhuwwah yang erat di kalangan ahli
o Mewujudkan biah ilmiah & islamiah

MISI
o Memantapkan kepimpinan AJK Badan Pengurus
o Berusaha untuk meyakinkan dan menuntut kepercayaan ahli kepada AJK Badan Pengurus
o Merancang dan membuat aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah di samping aktiviti-aktiviti jasmani
o Sentiasa menziarahi ahli ( setiap mantiqah )
o Jalinkan hubungan dengan badan kebajikan anak negeri yang lain serta wujudkan hubungan dengan Kesatuan Pelajar Kelantan Luar Negara ( khusus Mesir & Syria)

ALAMAT
P.O.Box 36,
Mu’tah 61621, Karak
The Hashemite Kingdom Of Jordan.