
Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA) telah ditubuhkan pada Januari 2005 yang disepakati oleh semua pelajar yang menuntut di Amman dan Zarqa’ di Jordan. PPMA adalah kesinambungan kepada PPGA (Persatuan Penuntut Malaysia Gabungan Amman) yang juga pada asalnya dinamakan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Jordan (PMUJ) yang bertapak sejak tahun 1996 lagi. Penukaran nama ini sekaligus bertujuan menukar imej persatuan kearah yang lebih cemerlang. Oleh itu, semua pelajar di Amman telah sebulat suara bersatu dengan bertunjangkan PPMA untuk menjaga kemaslahatan dan kebajikan pelajar Malaysia disini.