Sejak 31 mei lalu, misi Konvoi Bantuan GAZA diserang, ditindas, disekat dan diperlakukan pelbagai tindakan kejam oleh tentera Zionis Israel. Sehingga hari ini, berita terbaru menyakan bahawa hampir kesemua kapal serta mereka yang terlibat bersama konvoi bantuan ini ditahan termasuk rakyat Malaysia.
Majlis Perwakilan pelajar Malaysia Jordan (MPPM Jordan) mengutuk sekeras-kerasnya serta melahirkan rasa kesal atas tindakan tidak berperikemanusiaan oleh tentera kejam ini. Menyerang serta menahan misi bantuan ini tanpa usul periksa yang teliti serta menyiksa tahanan tanpa belas kasihan merupakan satu kezaliman yang tidak mungkin dimaafkan.
Jelas menyatakan misi adalah sekadar bantuan semata-mata, dari pelbagai aspek termasuk kewangan tanpa bahan api serta senjata yang mencurigakan. Namun, dasar kezaliman tentera zionis Israel mereka diserang dan ditahan atas dasar menceroboh perairan serta membahayakan negara. Sedangkan penjajahan yang dilakukan mereka sendiri bersifat pencerobohan terhadap bumi Palestine.
MPPMJ mengharapkan pihak-pihak yang berkuasa serta para pemimpin negara Islam, dapat mengambil tindakan tegas yang sewajarnya agar kekejaman dan kezaliman ini tidak berpanjangan, seterusnya menyelamatkan mangsa-mangsa serta rakyat Malaysia yang terlibat.
MPPM Jordan juga menyeru kepada mahasiswa di seluruh Jordan agar terus melaksanakan solat hajat, memohon ampun Ilahi serta berdoa tanpa putus supaya bantuan Allah segera tiba buat aktivis konvoi serta rakyat bumi Palestine agar terus terbela. Sedari perkara yang berlaku ini hampir dengan kita, jiran kita. Menjadi hak ke atas kita untuk turut usaha membela dalam apa jua cara sekalipun. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap.
AHMAD SYAHRUL ADNAN
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
2009/2010
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Sorry, the comment form is closed at this time.