Ucapan Penghargaan Malaysia Day

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya sempurna sudah satu program yang julung-julung kali diadakan dibumi Jordan ini. Program MALAYSIA DAY 2009 yang bertemakan “Malaysia Truly Asia” yang diadakan pada hari Selasa 22 Disember 2009 bersamaan 5 Muharam 1431 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari kalangan masyarakat arab.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kedutaan Besar Malaysia ke Amman Jordan, ,Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) serta Majlis Perwakilan Pelajar Jordan (MPPM) kerana sudi menganjurkan program ini. Dan tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan tahniah buat AJK Pelaksana Program yang bertungkus- lumus dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program.

Program yang julung-julung kali diadakan ini, telah berjaya memberi impak yang besar kepada masyarakat arab di sini yang selama ini kurang mengenali budaya masyarakat Malaysia. Pelbagai pujian dan ucapan tahniah diterima, menunjukkan masyarakat disini berpuas hati dengan program ini.

Secantik-cantik perancangan manusia, cantik lagi perancanganNYA. Namun demikian,disebalik kelancaran ada terselit kecacatan yang tidak disengajakan. Kami, pihak AJK Pelaksana Program memohon kemaafan diatas kelalaian kami dalam proses pengiklanan di dalam Portal MPPM.

Akhir kalam, jazakallahu kheir jaza diucapakan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak lansung bagi menjayakan Program “Malaysia Day 2009”…

Sekian..Wassalam..

http://www.yu.edu.jo/index.php?option=com_content&view=article&id=1337:2009-12-22-12-45-45&catid=1:latest-news&Itemid=262

http://www.alrai.com/pages.php?news_id=309278

http://petra.gov.jo/Artical.aspx?Lng=2&Section=8&Artical=156790

http://www.alanbat.net/news/Viewoldnews.asp?Nid=246953

http://www.kln.gov.my/perwakilan/amman


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top


1 Comment »

  1. syahrul Says:

    Jutaan tahniah pd jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus menjayakan program Msia Day 09′. moga tahun hadapan MPPMJ akan datang dapat lakukan lebih baik dan mengharumkan nama negara di sini..

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment