Ucapan Takziah Atas Pemergian Ustaz Arman

Assalamualaikum

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Arman Md Rusoff, Atase Pendidikan MSD Jordan atas kepulangan beliau ke rahmatullah pada waktu pagi tadi. Didoakan semoga roh arwah Ustaz Arman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah…..

Dimaklumkan juga bahawa solat jenazah akan diadakan di rumah Pengarah Jabatan Penuntut Mahasiswa Jordan, Us Sulaiman Pada pukul 12.30 tgh. Manakala pada jam 7 malam pula akan diadakan majlis tahlil arwah untuk Allahyarham Us Arman. Semua dijemput hadir.


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top


No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.