Program Iftar, Sambutan Kemerdekaan di Kedutaan Malaysia dan Solat Tarawih.

Tanggal 30hb Ogos 2009, adalah hari yang bermakna untuk pelajar-pelajar melayu Jordan, yang tidak pulang ke Malaysia.

Kedutaan Malaysia, telah berbesar hati menganjurkan majlis berbuka puasa, sambutan kemerdekaan dan solat tarawih secara berjemaah di Bangunan Kedutaan Malaysia.

Pelajar Melayu di Jordan, datang ke kedutaan dari empat mantiqah, yakni Irbid, Mafraq,Mu’tah dan Amman dengan pengangkutan masing-masing.

Majlis bermula dengan Majlis Berbuka Puasa pada pukul 7.09 minit, sebaik sahaja azan di Amman berkumandang. Makanan ringan seperti tamar, kuih-muih dan air kosong menjadi habuan pelajar-pelajar yang hadir.

Kemudian pelajar-pelajar, bersama kakitangan kedutaan dan kakitangan MSD, melaksanakan solat Maghrib bersama-sama.

Seusai Solat Maghrib, hadirin berkumpul di tingkat satu bangunan kedutaan, bersama-sama tetamu kehormat kedutaan, untuk menjalani majlis Sambutan Kemerdekaan.

Lagu Negaraku berkumandang di Negera Jordan ini, diikuti laungan merdeka yang penuh semangat, dari warganegara Malaysia yang bertandang ke Kedutaan pada malam itu.

Majlis disambung dengan makan malam. Lauk ayam masak rempah, diiringi sambal belacan, sememangnya menarik minat sesiapa yang hadir.

Sesi Solat Tarawih berjemaah datang selepas makan. Jemaah diimami oleh tetamu kehormat kedutaan pada malam itu, yakni Dato’ Mo’ti, Duta Besar Brunei KeAmman.

Dato’ Mo’ti mengimami solat Isya’, kemudiannya menghabiskan Solat Tarawih hinggalah rakaat terakhir witir. Lebih unik, Dato’ Mo’ti menyertakan sekali selawat-selawat yang biasa diguna pakai di Malaysia, ketika Solat Tarawih. Hal ini membuatkan suasana di ruang solat itu, seakan-akan suasana di masjid-masjid Malaysia.

Selepas Solat Tarawih, ada moreh.

Selepas moreh, barulah pelajar-pelajar bergerak pulang.

Saya, mewakili semua pelajar yang hadir pada malam itu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia yang bermurah hati menganjurkan majlis hebat sedemikian.


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top


2 Comments »

  1. Student Jordan Says:

    Salam..np ckp pelajar Melayu Jordan???kot2 ad yg bangsa lain ke…mantiqah amman tertinggal ke???

    comment-bottom
  2. mppm Says:

    maaf..tertinggal. akan diedit.jgn kecil hati ya… selamat berpuasa.. :)

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment