MEKAR MPPMJ 08/09

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan dengan sukacitanya akan mengadakan sebuah program khas dan Mesyuarat Agung MPPMJ pada 10 dan 11 Jun ini. Program Karnival Akademik dan Kebudayaan MPPMJ akan diadakan sehari sebelum majlis mesyuarat agung berlangsung. Bertepatan Mesyuarat Agung Tahunan MPPMJ dan Karnival Akademik dan Kebudayaan kali 1, maka program ini dinamakan MEKAR MPPMJ 08/09.

Karnival Akademik dan kebudayaan kali ini dijalankan berasingan memandangkan KARISMA yang lalu dengan jayanya hanya menumpukan kepada aktiviti sukan. Jadi, MEKAR kali ini akan dapat menebus kembali bakat-bakat terpendam mahasiswa mahasiswi seJordan untuk sama-sama mempamerkan bakat yang sedia ada, seterusnya memartabatkan kualiti akademik dan nilai kebudayaan pada setiap mahasiswa/i di Jordan.

Karnival yang akan dijadualkan sehari pada 10 Julai 2009 akan berlangsung di tempat yang sama dimana mesyuarat agung tahunan akan diadakan esok nya iaitu pada 11 Julai 2009. MEKAR MPPM 08/09 kali ini akan diadakan di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Semoga para Mahasiswa dan mahasiswi seJordan dapat sama-sama memeriahkan MEKAR MPPM 08/09 pada tahun ini. Semoga pertemuan dan perhimpuanan kita membuahkan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah agar diberkati Allah s.w.t. Segala maklumat lanjut dapat dilayari di Blog Rasmi MEKAR MPPMJ 08/09.


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top


No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment