assalamualaikum..
Disini ingin ana ingin mempromosikan Universiti di amman Pula…
Pembelajaran dan Taraf kehidupan Di Amman sebenarnya adalah lebih baik berbanding di Mantiqoh(daerah) lain. Itu bukan pendapat ana seorang sahaja.. Tetapi semua penuntut-penuntut di mantiqoh Amman.. antara kelebihannya ialah
1-) Penguasaan Pertuturan Bahasa Arab mudah untuk Dipelajari Kerana Kepadatan Pelajar malaysia di mantiqoh amman hnyelah 30 owang yg terdiri 8 students Degree 7 orang master dan 8 Doktor.. dan kesimpulannya disini kami di ajar untuk berdikari dalam menempuhi kehidupan yg lebih mencabar. Namun kami saling bantu membantu antara satu same lain
2-) Kos taraf hidup yg berpatutan. Jika di mantiqoh irbid kos sara hidup disana sebnyak RM600.00 namun di Mantiqoh Amman RM400 pun Boleh Hidup.. Ini kerana terutamanya students degree mereka akan ditempatkan disatu rumah yg dikenali sebagai bayt a’kzab(rumah bujang). Kalau di malaysia tu orang panggil Rumah Teres 2 tingkat atau rumah pangsa tak ramai pun 6 atau 4 orang dan amat selesa.. dan tidak terkecuali untuk muslimat kerana ade penempatan khas untuk mereka… yg lebih selesa… kami amat menitik beratkan keselamatan, keselesaan dan keharmonian dalam masyarakat malysia di amman..
3- ilmu Tambahan yg akan kamu dapat yg tidak terdapat di university… seperti kelas-kelas tafaqquh, kelas talaqqi dan kelas-kelas hafazan dan Bhasa Arab… kelas-kelas ini bukanlah dibawah kelolaan orang melayu kita.. namun dibawah bimbingan Sheikh2 arab yg amat terkenal di Mantiqoh amman dan mungkin juga di jordan atau juga di tanah arab ini sendiri.. contohnye Sheikh MU’az, sheikh Abu Rofa’at, sheikh Saleem, sheikh Mustafa bugha, dan bnyak lagi…. kesimpulannye kita dapat ilmu dan menguaisai Bahasa Arab dengan lebih cepat lagi…kerana disamping menghadiri kelas2 mereka… mereka suka untuk membantu orang2 ajnabi khususnye Malaysian… kerana kiter cepat mempelajari sesuatu dan mudah untuk diajar…. dan ini bukanlah untuk ikhwah sahaja namun akhowat pown ade juga…
4-) Berkaitan dengan Universiti Pula.. di amman nie BukanNye ade 1 universiti je… sepertimana yg di tunjuk dalam BLOG MPPMJ nie… namun pada hakikatnye ade 3 universiti dimana ade students Malaysia yg menunutut didalamnye… Iaitu Universiti JOrdan, World Islamic University sciene Education(Dahulunye UNI Zarqo’) , dan Universiti Jerash Ahliah… jika ingin mengikut kronologi kos yg tertinggi ialah… di Jordan Pengajiannya Untuk 5 subjek per semester adalah RM4700.. manakala world Islamic University pula satu subjek 40 dinar manakala yuran wajib setiap sem ialah 150 JD… secara kasarnya 1 sem RM3800 - Rm 4200(Ikut Subjk yg diambil) manakala Uni Jerash pula murah sedikit berbanding University jordan dan world Universiti islamic science education.
5-) YG paling Menariknye Amman nie… dialah satu2nye PUsat BAndar Yg paling MAJU sekali Kat jordan ni… dan menjadi tumpuan Pelajar2 malysia seluruh Jordan untuk datang ke Amman keranan di amman sejelah terdapatnye Kedai2 Buku yg Mashur, tempat2 kemudahan samada perbelanjaan, keperluan dan macam2 lagi( macam kat Kota Raya KL) dan tipula klo ade pelajar dari mantiqoh laen kat jordan tak pernah datang ke amman walaupun sekali??? btul tak semua….
6-) Namun istimewanya amman ni… kerana pelajar2 degree kuantitinye sedikit.. jadi Pelajar Master dan PHD amat ambil berat tentang pelajaran students degree ini… sekiranye musim Peperiksaan ingin menjelma.. maka kelas2 dan rumah pertanyaan tumbuh bagai cendawan lepas hujan… mereka meluangkan masa mereka untuk membantu pelajr2 degree dalam menghadapi peperiksaan untuk bertanyakan kemusykilan2 dalam pelajaran…. ini semua adalah kelebihan yg mungkin sukar untuk didapati di mantiqoh laen di jordan ini khususnye…
sekian… sekadar itu sajalah yg dapat ana kongsikan untuk para pengunjung… dan biaselah… dan sekiranye ade aper2 pertanyaan atau kemusykilan boleyhla bertanye kepada ana di emial:fauzansoleh@yahoo.com atau lawati blog persatuan kami di http://www.ppmaj.blogspot.com..
ahlan wasahlan ilal mantiqoh amman fil urdun…( selamat datang ke daerah amman di Jordan) kami amat mengalu-alukan kedatnagn pelajar2 baru ke amman…
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
ha,..
ini la jawapan yang ana tunggu2 kan..
ana dh tanya bdak2 jordan len, tp byk yang rekemen irbid..
tp ana ikut nasihat ustaz ana untuk pilih amman..
TQ!!
tepuk dada tanya selera…mane2 pun ade manfaatnya..yang penting, empunya diri belajar sungguh-sungguh….
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada blog MPPM kerana memberikan PPMA ruang untuk bersuara di dalam blog ini. Semoga mahasiswa Jordan menjadi pemangkin kepada kebangkitan ummah.
Pada asalnya, kami difahamkan bahawa post di atas hanyalah sebuah komen yang dicoretkan oleh salah seorang ahli PPMA yang menuntut di University of Jordan, tapi akhirnya dek kerana MPPM telah membuka lembaran untuk kami membuat langkah maka jadilah komen tersebut sebuah post.
Berkenaan post di atas, ada terdapat beberapa ralat yang patut diperbetulkan dek kerana kesilapan penulis yang amat kami hormati, (semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada saudara penulis atas post di atas). Adapun ralat tersebut ialah :
1. Jumlah penuntut PhD di sini bukanlah berjumlah 8 orang sebaliknya hanyalah berjumlah 5 orang.
2. Kos taraf hidup di Amman adalah dalam lingkungan RM500.00 dan bukannya RM400.00. Ini dikira termasuk makan minum, sewa rumah, elektrik, air, dan internet selama sebulan setelah dikongsi dengan rakan-rakan serumah seramai 5 orang.
3. Nama sebenar World Islamic University sciene Education yang ditulis di atas ialah The World Islamic Science & Education University (WISE) yang dahulunya dikenali dengan Universiti Balqa’ dan bukannya Universiti Zarqo’.
4. Yuran di The World Islamic Science & Education University untuk satu subjek bagi pengajian degree dalam jurusan bahasa ialah JD120 dan bukannya JD40, JD40 adalah yuran untuk satu jam subjek, satu subjek mempunyai 3 jam sebagaimana yang telah sedia maklum. Manakala yuran untuk satu madah di University of Jordan ialah JD150 kerana yuran untuk satu jam di sana ialah JD50.
5. Jumlah yuran untuk enam subjek bagi satu semester di University of Jordan ialah RM4500.00 manakala jumlah yuran di The World Islamic Science & Education University untuk enam subjek bagi satu semester ialah RM3600.00 .
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan anda boleh terus menghubungi kami sama ada melalui laman blog kami iaitu http://www.ppmaj.blogspot.com , atau emel kami di ppma_j@yahoo.com (juga alamat emel ahli kami sebagaimana yang termaktub di atas), ataupun di talian +962777511920 . Insya-Allah kami akan cuba selesai kekusutan yang bermain di fikiran anda tentang kami dan juga Amman.
Semoga komen ini dapat membantu bagi sesiapa yang berkehendak untuk menyambung pelajaran di sini. Sebelum menutup bicara, sekali lagi pihak kami mengucap terima kasih kepada saudara penulis dan juga MPPM.
Sekian dahulu daripada kami,
Persatuan Penuntut Malaysia Amman Jordan (PMMA)
.:Penuntut Cemerlang Ummah Gemilang:.
salam…
nape lmbt nk promosikny…
sy dh pun try aply yarmouk…
ish2…
salam…
apakah sesuatu itu perlu dipromosikan dahulu jika kita sebenarnya yang berkehendak?
perbetulkan niat dan solat istikharah sebelum buat keputusan… kalau hati dah tenang dengan keputusan tersebut maka janganlah gusar dengan pilihan yang datang selepasnya…
Tempat yang hendak dituju adalah bumi anbiya’ jadi adalah baik jika selalu perbaharui niat agar tidak terpesong…
Harap mahasiswa yang akan datang ini datang bukan dengan terpaksa serta bukan dengan hati yang dipengaruhi oleh nafsu… wallahua’alam
wassalam
siiru ‘ala barakatillah…
Mohon maaf dipinta sekiranya lambat untuk mempromosikan mantiqoh amman..
fungsi promosi adalah penting dalam mengetengahkan sesuatu produk.
ianya bagi membantu pelangan dlm membuat pilihan yg bijak.
salam…
mungkin maksud yang ana hendak sampaikan kepada enta itu tidak sampai…
Point pertama:
apa yang ana ingin nyatakan ialah, adakah kerana sesuatu itu tidak dipromosikan maka kita tidak berusaha untuk mencari dan bertanya tentangnya?
Fungsi promosi itu penting tetapi adakah dengan ketiadaan promosi menyebabkan kita malas untuk menyelidik?
Point Kedua:
peranan solat istikharah dalam memilih apa yang Allah tentukan bagi kita adalah amat penting, apa yang ana nak jelaskan ialah adakah selepas solat istikharah dan hati telah tenang dengan pilihan yang dibuat enta masih lagi ragu2 dengan keputusan tersebut?
wallahua’alam
wassalam
asif jika bahasa yang digunakan adalah sedikit kasar…. ampun maaf di atas salah bicara… semoga apa yang disampaikan menjadi tazkirah buat semua….
salam..
usaha mencari telah lama di lakukan wahai sahabat..
ana jumpa blog ni sejak awal tahun ni..
yg banyak membantu adalah blog ms.langiti(mcm ntah tlsny)
maklumat dlm blog 2 mmg byk membantu..
ke 2, istikhoroh berlaku bla timbul 2 pilihan terbaik, masalah nye skrg, ana baru terima maklumat mengenai yarmouk shj, mcm mn nk istikhoroh…
Izaan Azalan Says:
May 6th, 2009 at 12:24 am
salam..dan saya doakan pihak anda sihat sentiasa
saya ada bebrap soalan,
pertam,saya ingin bertanya tentang kemudahan pengankutan ke tmpt blaja memandangkan pelajar akan ditinggal di rumah sewa.
Kedua, Apakah kemudahan yang ditawarkan disetiap universiti?
University of jordan, Yarmouk, Al-albayt, Dan Mu’tah.
seperti Airport yg terdekat,Kilometer dari airport ke universiti diatas,trasport ke tmpt blaja, Kos Sewa rumah Kwsn tersebut,duet sem, mata pelajaran, kos sara hidup, buku, dan lain2 maklumat yang pihak anda rasa saya perlukan.
kebiasaannya, kemasukan ke universiti tersebut diumumkan melalui saluran mana?bila dan dimana.
segala maklumat yang anda berikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih
doakn jodoh penghijrahan saya kesana…Amin.
wassalam
ini soalan ana pada awal bln 5 ari 2….
tp tiada sbrg jwpn.
asif jika tersilap faham maksud enta… semoga Allah merahmati segala usaha enta…
salam… untuk pengetahuan saudara izaan azalan…
akhir bulan april dan awal bulan mei…. kami students yg menuntut di mantiqoh amman… sedang dalam fitrah imtihan.. dan sebarang promosi mengenai universiti2 di amman.. kami telah jalankan di laman blog mantiqoh amman itu sendiri… dan penuntut di amman….bilangannya tidak banyak seperti di amntiqoh2 yg laen… dan untuk pengetahuan saudara izaan azalan… ana ade bertanyekan pada sahabat2 yg sedang menuntut diamman… mereka pun sebelom nie… mane ade pakai promosi2 tuk belajar di amman… lepas habis belajar.. mereka sume mempunyai niat untuk trus sambung bekajar di jordan dan dimantiqoh amman.. tanpa ade promosi atau pown desakan2 atau rayuan2 dari pihak luar… dan hasilnye.. alhamdulillah so far so good…. mungkin saudar azlan sudah ditakdirkan untuk mnyambung pelajaran saudara di universiti yourmouk…sape yg tahu???
dan untuk pengetahuan saudara izaan azaalan… saudara Neq.. orang pertama yg memberi respon terhadap artikel ini(rujuk pada page diatas).. beliau mohon universiti di amman sebelom ana post outkan artikel ini… dan apabila ditanye kepada beliau mengapa ingin sambung pelajran ke sini…. beliau menjwab.. memang niat dan tekad beliau untuk sambung pelajaran ke jordan di mantiqoh amman….. tanpa perlu ade promosi dan paksaan dari pihak luar…
mohon ampun dan maaf.. jika terkasar bahasa.. namun itulah yg ana mampu jelaskan sbbnye bukan kami tak berusaha untuk mempromsikan mantiqoh amman nie.. namun hampir setiap ahli even yg Phd or master or degree bahkan isteri2 pelajar2 Phd n master sekali pown masing2 ade blog dan mereka sentiasae mengeposkan suasana belajar dan komuniti di amman jordan nie… dan kalau saudara2 tidak percaya.. lihatlah sendiri di blog rasmi persatuan pelajar amman ” http://www.ppmaj.blogspot.com ”
lihat pautan atau link senarai ahli… semua menceritakan kehidupan komuniti di amman… dan tak salah jika saudara bertanyakan prosedur2 kepada mereka untuk menyambung pelajaran ke amman… bukankah begitu??? jd…. kesimpulannye… ikutlah niat kita.. dan bulatkan tekad… kalau dah nait baik2 innsyaallah… walaupaper pown terjadi pd mase akan datang.. saudara akan cekal sbbnye itu adalah pilihan saudara sendiri… dan berusaha untuk menempuhinye… wallahu ‘aklam…
sekian… wassalam..
Salam Ukhwah buat saudara Izaan Azalan,
Semoga jawapan yang diberikan ini dapat menghuraikan sedikit sebanyak soalan yang enta lontarkan.
Soalan pertama:
Mengenai pengangkutan pelajar ke universiti dari rumah sewa, setakat ini alhamdulillah pengangkutan pelajar tidak menjadi masalah di mantiqah Amman kerana Sweileh adalah bandar yang sentiasa dipenuhi dengan pengangkutan awam seperti coaster, bas, dan teksi. Jarak dari rumah sewa ke universiti juga adalah dalam linkungan 15-20 minit dengan menaiki coaster dan seumpamanya.
Tambang dari rumah sewa di Sweileh ke University of Jordan dengan menaiki coaster hanyalah dalam linkungan JD0.50 bagi perjalanan pergi dan balik.
Semaklum kami, pengangkutan di mantiqah lain pun tidak mempunyai masalah bahkan kalau enta menyambung pelajaran ke Universiti Yarmouk enta hanya perlu berjalan kaki kerana jarak yang amat dekat daripada rumah sewa.
Soalan Kedua:
Mengenai hal yang berkaitan seperti pengangkutan dari airport ke rumah sewa bagi pelajar baru kebiasaannya diuruskan oleh abang-abang senior ataupun persatuan dari setiap mantiqah. Maknanya pelajar-pelajar baru tidak perlu bersusah payah untuk mengambil teksi dan sebagainya untuk ke rumah sewa, tambahan rumah sewa juga turut disediakan oleh persatuan buat pelajar=pelajar baru. (Hal ini hanyalah jika dimaklumkan terlebih awal kepada pihak persatuan).
Mantiqah yang paling dekat dengan airport ialah mantiqah Amman, diikuti Irbid dan Mafraq kemudian yang paling jauh ialah mantiqah Mu’tah. Perjalanan dari Amman ke Irbid dan Mafraq ialah dalam linkungan satu jam perjalanan, manakala dari Amman ke Mu’tah ialah dua jam perjalanan.
Sewa rumah yang paling murah di Amman adalah dalam JD130-JD150 adapun rumah yang baik dan lebih selesa sewanya JD200 dan ke atas. Sewa rumah di Irbid pula adalah sekitar JD80 dan ke atas, di Mu’tah juga demikian atau mungkin kurang. (Sekadar apa yang kami ketahui, hal yang secara terperinci diminta bertanya kepada ahli mantiqah tersebut).
Mengenai pembelian buku dan kitab, mantiqah Amman adalah menjadi tumpuan utama namun tidak dinafikan mantiqah lain pun tidak kurang hebatnya. Apa yang kami nyatakan ialah kerana Amman adalah pusat bandar dan banyaknya kedai-kedai kitab dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sini terutamanya di tempat yang bernama Balad, Amman. Namun bagi pelajar-pelajar baru dinasihatkan untuk membawa kamus Arab - Melayu, Melayu - Arab agar mudah dijadikan rujukan buat kali pertama entum di sini. Jika entum ingin mengambil kos bahasa arab maka bawalah juga beberapa buku yang berkaitan dengannya sebagai tunjang (optional).
Kemasukan ke universiti akan diumumkan oleh KPT dengan surat yang dihantar kepada mereka yang berjaya dalam permohonan mereka.
Soalan selebihnya telah kami terangkan dalam komen yang lepas. Harap maklum.
Akhir kalam, kami mengalu-alukan kedatangan mereka yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke sini. Semoga Allah merahmati entum semua.
Wallahua’alam,
wassalam
salam..
syabas!
welldone..ini yg dikatakan bantuan…
ana bukan lah seorg yg cerewet..tp seorg yg suka buat persediaan awal dari segi jasmani dan rohani..
sekurang2nya..
maklumat yg saudara berikan dapat dijadikan general information untuk kemasukan tahun hadapan..
saya harap, pada tahun2 hadapan setiap mantiqoh mampu menerbitkan artikel tentang mantiqoh masing2..dari a sampai z..
ramai saudara2 kta disini yg tidak tahu bertapa mudahnya urusan untuk kesana,,,
tp malangnya..tiada guide untuk mereka termasuk diri saya…
afwan ala ma faaltu..la taghdob(hehe)
jazakumullah…
salam
salam..
saya ada soalan, diharap pihak PPMA dapat membantu menyelesaikan kemusykilan ini…
sekiranya dalam borang KPT contohnya, kita telah pilih University of Yarmouk.
pilihan kedua plak kite letak University of Amman,..
ade peluang ke dapat ke amman?
sori2..
*pilihan kedua, University of Jordan, Amman
Assalamualaikum!
Terima kasih dan tahniah kerana saudara memilih Jordan sebagai tempat utk mendalami ilmu pengetahuan. Mudah-mudahan kehadiran saudara ke bumi bertuah ini dapat memberi manafaat kepada agama,bangsa dan tanah air.
Untuk makluman saudara, terdapat 4 buah universiti yang menjadi pilihan pelajar Malaysia mempelajari bidang Syariah, usuluddin dan bahasa Arab. Universiti2 tersebut ialah Univ Of Jordan, Univ Mu’tah, Univ Yarmouk dan Univ Al al-Bayt. Semua universiti tersebut adalah terbaik dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak dari tahun 1995 lagi.
Pilihan saudara untuk belajar di Univ Yarmouk adalah pilihan yang baik. Di samping kemudahan infrastruktur yang baik, kebolehan dan kepakaran tenaga akademik di universiti tersebut juga tidak dapat dinafikan lagi.
Sehubungan itu, pilihan saudara untuk menyambung pelajaran di universiti tersebut adalah tepat.
Semoga saudara akan terus berjaya.
Sekian, terima kasih.
Arman Bin Md Rusoff
Atase Pendidikan
JPM Jordan
Ammna
Jordan
> ——-Original Message——-
> From: Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
> Subject: Fw: pertanyaan
> Sent: Jun 07 ‘09 08:35
kepada noko, sy bru ni ada hantar msg kpd Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, alhamdulilah ada jawapan, apa kata awak cuba, mana tau jawapan awak terbalas..
salam…
sy slh seorg plajar akhwat di amman ni n mewakili ppma utk mnjwb pertanyaan noko…
terima kasih kepada saudara izaan azalan atas cadangan..
itu merupakan salah satu cara yang paling baik sbnrnye utk mengetahui lbih lanjut ttg permohonn ke jordan ni…
ape2 pn,mnjwb pd sokln noko,yg sy tahu kebiasaannye plhn pertama yg akn didahulukn..bru la strusnye…
wallahua’lam..
salam..
em,klu kte ltk 1 je choice nyer?mmg kompem dpt ke yg kite pilih tuh?jzkkllh..
salam birunean…
maaf x bnyk mmbntu….
mngikut ape yg sy tahu mmg plhn kte yg pertama yg akn didahulukn n sterusnye…
but if kte ltak one choice je,sorohah sy kate sy pn xtaw mcm mne…insyaAllah dpt ape yg kte ltakkn 2…
but 2 know better, rsenye lbey baik birunean bertnye hal kmskn dan keknfman ke universiti mane ni kat msd jordan sndri or kpt…
wallahua’lam…
Assalamualaikum..
merujuk dengan pemilihan untuk kemasukan ke universiti2 di jordan nie…
setahu anala…. ada had2 masing…
jd rugilah klo mohon tuk sambung belajar dijordan hanye dengan berbekalkan 1 pilihan sahaja…
sudah diberi peluang untuk 4 pilihan… cube la mohon 4 tempat yg berlaianan…
mane tahu rezeki kita dapat ditempat laen… lebih daik dari pada tak dapat offer langsung….. bukannkah macam tue???
syukran…
Salam…Ana teruja bila mmbaca blog ni…Ia sgt2 mmbantu adik2 junior yg akn menjejaki abang2 senior ke Universiti2 di Jordan…..Uqoddim lakum jazil asySyukri ‘ala husni i’tinaa’ikum wehtimamikum lana fi Maalizia…Sbenarnya,ana telah memilih Universiti mu’tah sbgai plihan prtama…Jd,kl boleh,ana nak tahu lbih lanjut ttg Uni Mu’tah tu…terutamanya ttg kelebihan tmpt trsebut utk mndapatkn ilmu2 di luar kuliah…dan apa2 yg berkaitan….Kl tak pun,bleh bagitau blog2 ttg Universiti Mu’tah tu…
Salam…Lupa nk tanya….kl bleh jugak bagitau pasal kos sara hidup kat Mu’tah dan Kos nk tasjil maddah bagi setiap sem…wassalam…
assalmualaikum..
kepada adik junaid yusoff..
afwan kathiran.. ‘alaik..
‘ala kuli hal.. kama haza.
adik boleh lawat ke web persatuan penuntut mahasiswa mu’tah jordan..
atau rujuk pada bhan dibwah ini…
__________________________________________________________________
“”"1)tindakkn awal yg adik perlu bt
step 1- adik kne informkn kpda MSD juga pihak persatuan pelajr mutah(informn pd MSD tntg jumlah plajr yg nk ke mutah.tarikh dn waktu bertolak dn waktu sampi ke jordan.
step2- pengangkutan.ok adik kne informkn awal2 pd msd, dn persatuan spya kmi di pihak persatuan dpt mnyediakn pengagkutan yg mencukupi untuk adik2.pengagkutan ini adlh ditanggung oleh pihak adik2 sendiri iaitu 1 van = 40jd(rm200). 1 van bleh memuatkan 5 org termasuk dgn barang2.andai kata melebihi drpd 5 org maka bersedialah untuk menyediakn byaran bg 2 buah van.tp jika adik dtg grouping maka adik share sewa van tu ngn kwn2 adik yg len..
step3..sems dtg di sini di tangan adik mstilah ade rm6ribu..pastikan tukr dlm matawang USD 100.
setreusnya- pnempatan- sesudah adik sampai ke kota mutah ni,adik jagn bimbg perihal penempatan, kerana kmi akn menmptkn adik di rumah senior2 di sini dhulu smentara mnunggu penemptan tetp.cm mgkin adik ats budi bicara adik kalu mahu memberi serba sedikit sumbgn bt tuan rumah..mgkin untuk byrn letrik atau maknn itu trpulang.
tentg bayaran yuran pula- di pihak persatuan akn uruskn yg pling penting adik perlu mmpunyai duit di tangan..untuk kita uruskan proses amik darah, nk bt kad pengenalan sini. cm adik kne tahu ape2 urusan yg mmbbitkn pihak kerajaan jod ni kne guna duit.itu shja
pasal amik adik tu..persatuan yg akn mnjemput ..tp perlulah di beritahu bila dn berapa org senng untuk kmi mnguruskn..perihal penggkutan ini
ok akak bg no pengarah MSD +962797154805(ust sulaiman)dn no persatuan kami +962779371321.
ape2 trus berhubung kpd pihak persatuan n msd. sekian”"”"”
_________________________________________________________________________
maafla… ana copy dari perbincangan antara mahasiswi mu’tah dan pelajar dari malaysia…”
sekian..
pautan blog atau forum mantiqah-mantiqah pelajar di Jordan terdapat di bahagian tepi kanan alamn web..harap dapat membantu..
Salam…
kepada Akh Junaid… Persatuan bagi mantiqah Mu’tah ialah KEPIMPINAN PERSATUAN PELAJAR JORDAN MU’TAH (PERMATA)…
ni adalah link blog persetuan tersebut…
http://www.permatajordan.com/
dan ini pula ruang perbincangan jika terdapat sebarang pertanyaan tentang mantiqah mu’tah…
http://permatajordan.aimoo.com/
http://www.forum.permatajordan.com/
wassalam…
Jazil asySyukr ya akhi ats maklumat2 yg sgt2 ana hargai 2….I’Allah,kl ada apa2 musykilat lain kali,ana dgn terujanya akn bertanya ikhwah kat sana ek…Hrp x mggangu waktu entum smua…..Jazakallahu khair aljaza’……Barakallahu fiikum….
Wassalam……
Ralat:Ya ukhti jugak….
maklumat secara ringkas lawati di sini dan jika persoalan sambung di sini
http://www.mppmjordan.com/?p=242
assalmualaikummm
salam sejahtera… kepada sesiape pelajar yg mendapat tawaran ke mana2 universiti di mantiqoh amman untk kemasukan bulan 8-9 tahun ini… antum boleh trus menghubungi ana di qud_mppaj@yahoo.com untuk sebrang pertanyaan atau persoalan… sama ade mengenai pengangkutan, duit saraan hidup dan sebagainya…..
harap dapat mmbantu…
sekian..
wassalam
Assalamualaikum.
Saya ingin mendapatkan maklumat yg lebih lanjut daripada penuntut2 di Qasid Institute dalam bidang Pengajian Arab Moden.
Terima kasih.
salam, kalau nk sambung peringkat master di universiti kat amman nie cmne ye,
salam..
kalau nk smbg degree yang berkaitan kursus perbankan islam cne ye..adakah universiti di jordan menawarkan program tersebut??
aslmkum,untuk makluman mengenai belajar di amman, boleh rujuk blog PPMA di ppmaj.blogspot.com atau boleh hubungi ana di YM direct aaz_anz@yahoo.co.uk atau biro perhubungan kami, sila rujuk blog tersebut dan klik barisan pimpinan kami di bawah HUBUNGI KAMI di bhgn kiri blog
Assalamualaikum wbt,
Kepada saudara Mard San,
Kebiasaan pelajar yang mengambil degree perbankan Islam menuntut di Universiti Yarmouk, Irbid. Universiti ini merupakan universiti yang turut menjadi tumpuan utama pelajar Malaysia yang datang ke Jordan.
Persatuan pelajar Malaysia di Irbid diberi nama ‘Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid’ atau ringkasnya ‘PERMAI’.
Sila lawati mereka di http://www.permaijordan.com/
Kepada saudara Hamzah,
Enta boleh menghubungi Biro Kebajikan dan Hubungan Luar kami di qud_mppaj@yahoo.com bagi mendapat maklumat secara detail dan terperinci berkenaan urusan tersebut.
.:Penuntut Cemerlang Ummah Gemilang:.
Wallahua’alam,
Wassalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt,
Makluman buat semua pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke University of Jordan, insya-Allah bermula sesi 1 2010/2011, para pelajar yang mendapat 9A (termasuk B.Arab, B.Inggeris dan B.Malaysia) akan mendapat keistimewaan berbanding pelajar-pelajar sebelumnya.
Keistimewaan tersebut ialah dengan yuran yang perlu dibayar adalah semakin murah menyamai pelajar-pelajar arab di sini. Mengikut yuran asal, satu jam kredit bersamaan JD50, maka satu madah bersamaan JD150. Adapun pelajar-pelajar arab yuran mereka ialah dalam JD30 bagi satu madah.
Doakan semoga ianya menjadi kenyataan, insya-Allah.
Jadi, pohonlah untuk ke University of Jordan sekarang!
salam..
sy nk tanya, macam mana caranya klu nk smbung MA di jordan (prefer univ. of Yarmouk)? mcm mana pula dgn biasiswa?
ummu rumman,
salam..
perlu melalui KPT juga permohonan dan segala urusan. kemudian segala mklumat tersebut akan disapurkan ke Jabatan Penuntut Malaysia Jordan. Biasiswa biasanya diusahkan oleh penuntut sendiri. sama ada melalui bantuan zakat,tempat bekerja atau biayaan sendiri
salam izz.. ana nk tnya cmner yer klu xnk ke al al-bayt.. nk tuka university amman lain?
nik,
sebaiknya datang ke Jordan dahulu, kemudian cuba berurusan dengan pihak MSD di Jordan.
berita terbaru tentang permohonan kemasukan ke universiti Of Jordan. ” http://kfwqud.blogspot.com/2010/07/permohonan-untuk-penukaran-permohonan.htm