Dipetik daripada blog Hilal Asyraf blog www.langitilahi.com
http://ms.langitilahi.com/sambung-belajar-ke-jordan/
oleh Hilal Asyraf
Semestinya, selepas keputusan SPM keluar, maka pemilihan IPT akan menjadi isu utama kepada lepasan-lepasan SPM. Saya ingin mengambil saat dan ketika ini untuk mempromosikan tempat belajar saya, yakni Jordan. Lebih spesifik lagi, Irbid. Saya tidak akan hanya mempromosi University of Yarmouk, tetapi saya akan promosi juga pengajian di Jordan Univeristy of Science and Technology(JUST)
Kelebihan pertama apabila anda studi di sini adalah, ini adalah bumi para anbiya. Tanah-tanah di sini menjadi saksi perjuangan golongan awal pembawa amanah ALLAH untuk menyebarkan deen ALLAH sejak zaman berzaman. Jordan juga pada hakikatnya termasuk di dalam tanah Syam yang diberkati.
Kita bicara berkenaan tempat dahulu. Kenapa saya promosi Irbid, Jordan? Bukan mantiqah(daerah) lain di Jordan ini? Hal ini kerana, Irbid merupakan satu mantiqah yang unik kerana ia mengumpulkan dua aliran yang berbeza, iaitu deeniah dari University of Yarmouk, dan perubatan/pergigian dari JUST. Kedua-dua universiti ini juga dikira dekat dengan tempat tinggal pelajar. Lebih istimewa, ¾ pelajar melayu Jordan adalah berada di Irbid.
Oleh kerana komuniti melayu di sini ramai, maka kehidupan menjadi tidak ditdan ketinggian akhlak. Kalau anda hendak tahu, profesor-profesor di Yarmouk dan JUST sangat menghormati orang melayu. Masyarakat di sini juga, majoritinya memuliakan orang melayu. Semuanya kerana ketinggian syahsiah, dan adab yang ditunjukkan oleh senior terdahulu.
Untuk meneruskan kehidupan harian, seperti membeli barang, ke univeristi dan sebagainya, maka Irbid memang tempat yang strategik. Hal ini kerana, Irbid merupakan bandar kedua terbesar selepas Amman, yakni ibu negara Jordan. Kedai-kedai barangan harian bersepah di Irbid ini. Tambahan, barangan komputer juga mudah didapati.
Kedudukan Universiti juga amatlah dekat, tambahan untuk pelajar yarmouk. Jarak tempat tinggal pelajar, ke universiti Yarmouk hanya memakan masa sepuluh minit dengan berjalan kaki. Bagi pelajar JUST pula, mereka perlu menaiki bas. Tetapi itu bukan masalah, kerana ada ramai orang melayu yang akan menemani anda.
Kita lihat pula kursus yang disediakan.
Untuk Yarmouk ialah: Usul Fiqh, Usuluddin, Dirasat Islamiyyah, Bahasa dan Ekonomi Islam.
Untuk JUST pula ialah: Perubatan dan Pergigian.
Baiklah, kita masuk kepada sistem pembelajaran.
Yarmouk dan JUST menggunakan sistem yang sama. Dalam setahun, ada 3 semester. Semester satu, semester dua, dan semester musim panas. Perbezaannya adalah, untuk pelajar yarmouk, semseter musim panas adalah pilihan, manakala untuk pelajar JUST, semester musim panas adalah wajib.
Tetapi untuk pengetahuan semua, semester musim panas hanya sekitar sebulan setengah sahaja. Pendek. Kelebihan untuk pelajar Yarmouk yang mengambil juga sem ini, mereka boleh memendekkan tahun pembelajaran. Hal ini kerana, untuk univeristi Yarmouk, tiada masa tetap untuk menghabiskan pengajian.
Di Yarmouk, pembelajaran dikira mengikut bilangan mata pelajaran. Contohnya saya, saya mengambil Usuluddin. Kursus Usuluddin di sini mempunyai 48 mata pelajaran. Satu sem, pelajar dibenarkan mengambil paling banyak adalah 6 mata pelajaran, manakala paling sikit adalah tiga atau dua. Jika saya mengambil satu sem 6 mata pelajaran, ditambah pula dengan mengambil sem musim panas, maka saya akan habis pembelajaran saya di sini dengan cepat. Sem musim panas, seorang pelajar itu dibenarkan mengambil paling banyak 3 mata pelajaran, dan paling sikit satu mata pelajaran.
Untuk pelajar JUST, mereka sudah disiapkan mata pelajaran, dan jadual mata pelajaran. Pelajar JUST tidak bebas memilih berapa mata pelajaran yang dikehendaki, kerana semua sudah siap disusun.
JUST menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Manakala Yarmouk menggunakan bahasa arab.
Persamaan antara JUST dan Yarmouk dalam sistem pembelajaran adalah, markah dikira mengikut pointer. Kemudian kedua-dua univeristi memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pensyarah sendiri. Kedua-dua univeristi juga memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menyusun jadual belajar di universiti sendiri.
Kelebihan untuk pelajar JUST, mereka akan menjalani peperiksaan hanya dengan soalan objektif di komputer, tanpa perlu menjawab soalan berbentuk esei atau isi tempat kosong menggunakan pen. Mereka juga, sehingga tahun tiga tidak akan diberikan kerja kursus. Bagi pelajar perubatan dan pergigian, kedua-duanya sama. Apabila masuk sahaja tahun keempat, maka pelajar JUST akan dihantar ke hospital dan klinik untuk praktikal. Bagi pelajar perubatan selama 3 tahun, bagi pergigian selama 2 tahun. Sebab itulah, antara kelebihan belajar di JUST, doktor-doktor yang dikeluarkan akan mampu bermokunikasi di dalam bahasa arab. Anda akan berjumpa pelajar-pelajar perubatan yang hafiz, dan fasih berbahasa arab, malah mampu membaca kitab arab di sini. Jangan terkejut. Dan anda juga boleh jadi seperti itu.
Kita masuk pula kepada kos. Kos akan terbahagi kepada dua. Kos pembelajaran dan kos sara hidup.
Mudahnya, saya tulis begini,
Kos pembelajaran di Yarmouk adalah seperti berikut.
Yuran semester: 35JD = RM210
Yuran subjek:1 subjek 48JD=RM288(kalau satu sem ambil enam=288X6=RM1728
Jadi, katakalah kursus tu ada 48 subjek. Untuk habiskan 48 subjek dalam masa 4 tahun, kosnya adalah 48JDx48=2304JD=RM13824
Untuk kemasukan ke Yarmouk, maka akan ada yuran kemasukan.
Yuran kemasukan itu berjumlah: 50JD=RM300
Juga yuran markaz bahasa: 800JD=RM4800(Markaz bahasa ini wajib diambil oleh pelajar bukan arab selama satu semester sebelum memulakan pembelajaran secara penuh di Univeristi)
Itu untuk Yarmouk.
Untuk JUST, bayarannya adalah mengikut credit hour. Kos belajar di JUST amat mahal. Satu credit hour berharga 200JD=RM1200. Biasanya pelajar perlu mengambil sekitar 18 jam seminggu. Jadi bayaran untuk satu sem di JUST adalah 18×200=3600JD=RM21600.
Bayaran untuk pelajar JUST secara sebetulnya tidak dapat diketahui dengan jelas sangat. Kerana, biasanya pelajar JUST di sini adalah pelajar yang mendapat biasiswa MARA atau JPA. Hal-hal pembayaran akan diuruskan oleh MARA dan JPA. Pelajar biasiswa biasanya tak pening kepala bab bayar yuran ni.
Sebab itulah biasanya, yang pergi ke JUST ini adalah yang memohon biasiswa MARA dan JPA. Bila memohon JPA atau MARA, mintalah program middle east. Untuk yang mengambil perubatan, anda akan mempunyai peluang 50:50. Kerana ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir. Tetapi bagi yang mengambil Pergigian, anda dengan yakinnya, 100% akan dihantar ke Jordan. Untuk tambahan pengetauan, pengajian pergigian di JUST adalah mudah.
Bab mahal belanja ni, jika ayah anda seorang bisnesman, atau mampu menampung perbelanjaan, maka jangan segan untuk datang ke mari.
Untuk kos sara hidup pula, seorang pelajar itu bisa hidup dengan selesa di Irbid ini jika dia ada sekitar RM600 sebulan, yakni sekitar 100JD. Dengan 100JD, anda boleh membayar sewa rumah, duit api air elektrik, duit dapur, dan ada sedikit duit untuk simpanan, beli kitab, atau hendak joli makan di luar dan membeli aksesori rumah dan sebagainya.
Jadi, saya simpulkan, rutin perbelanjaan di Jordan adalah seperti ini,
Duit poket untuk sebulan: RM600
Yuran satu sem Yarmouk: RM1728(jika ambil enam mata pelajaran)
Yuran wajib sem untuk Yarmouk: RM210
Yuran satu sem JUST: RM21600(18 credit hour satu sem)
Yuran wajib sem JUST: 85JD = RM425
Sebagai pesanan kepada pelajar baru Yarmouk, sebaiknya jika datang ke Jordan, perlulah mempunyai RM6000 di dalam simpanan. Pertama, untuk urusan membeli perabot rumah, kedua, untuk urusan pendaftaran Markaz bahasa yang biasanya hendak cepat.
Inilah dia belanja di Jordan.
Sebenarnya taklah terlalu mahal(untuk pelajar Yarmouk) dan taklah terlalu murah. Sederhana.
Kita masuk ke point akhir, macam mana nak mohon ke Yarmouk dan JUST?
Ha…
Untuk masuk ke Univeristi Yarmouk, mahupun JUST(untuk private), caranya sama sahaja.
Isi borang KPT dan hantarkan kepada KPT semula. Kemudian tunggu jawapannya.
Mana hendak dapatkan borang KPT? Anda boleh mendownloadnya di bahagian BAHAN di website ini. Download, isi, cukupkan semua kehendak borang itu, dan hantar ke KPT.
Untuk pelajar yang ingin memohon biasiswa MARA dan JPA, borang diisi secara online. Tawaran sudah dibuka. MARA juga dimohon melalui laman web JPA. Linknya adalah seperti berikut,
http://www.jpa.gov.my/2009/03/1019/
Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan biasiswa JPA dan MARA, anda boleh download syarat-syaratnya di bahagian BAHAN di website ini.
Untuk pengetahuan semua, kini MARA dan JPA telah membuka tawaran biasiswa kepada sesiapa yang ingin mengambil ekonomi ISLAM. Sila rujuk laman web JPA.
baca seterusnya di http://ms.langitilahi.com/sambung-belajar-ke-jordan/
Justeru, pihak persatuan menyeru kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk berhubung dengan pihak persatuan. Emel kami sentiasa aktif untuk anda mppm_jordan [at] yahoo.com
Kami yakin anda inginkan maklumat lengkap dan bantuan yang sewajarnya berkenaan pembelajaran di sini. Justeru, kami menyeru kepada mereka yang berminat untuk mengikut saluran yang betul. Daftarlah melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Seterusnya maklumat akan disampaikan ke Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).
Perkhidmatan yang terbaik akan kami berikan kepada anda, insyaALLAH.
~Ahalan wa sahlan bikum bil Urdun~
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
salam.. ape plak pndpt ust mngenai uni mu’tah. saya dlm proses pmohonan utk ke sana..
salam abg2 n akak2 d jordan….saya lepasan spm yg ingin memohon sambung pelajaran d jordan..borang kpt minta saya utk mendapatkan ejen penempatan pelajar d jordan….utk pengetahuan, saya tiada saudara mara d jordan,..mohon abg2 n akak2 yg lebih berpengalaman utk beri informasi berkenaan hal ini secepat yg mungkin…terima kasih
assalamualaikum
ahlan wasahlan saya ucapkan kepada anda yang bersungguh untuk menyambung pelajaran di Jordan.
sedikit respon berkenaan komentar anda di atas
- No tel rasmi persatuan pelajar di Mu’tah (PERMATA) +962 779371321.. Anda boleh berhubung dengan presiden untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pembelajaran di mutah
- berhubung penempatan dan lain-lain urusan, anda tidak perlu risau. Sekiranya anda mengikut saluran yang betul melalui KPT. Maklumat anda akan dihantar ke JPM Jordan seterusnya ke MPPM Jordan. Maka tiada masalah untuk kami menguruskan penempatan dan semua perkara berhubung dengan keberadaan anda di Jordan ini
Semoga terjawab sedikit sebanyak persoalan yang bermain di fikiran anda
Nak tanye sikit, saya dalam proses untuk menyambung pengajian di Zarqa Private University, MPPM bole tolong carikan maklumat tentang yuran pengajian di universiti tersebut ?..Zarqa berada di area maner yer ?
salam..dan saya doakan pihak anda sihat sentiasa
saya ada bebrap soalan,
pertam,saya ingin bertanya tentang kemudahan pengankutan ke tmpt blaja memandangkan pelajar akan ditinggal di rumah sewa.
Kedua, Apakah kemudahan yang ditawarkan disetiap universiti?
University of jordan, Yarmouk, Al-albayt, Dan Mu’tah.
seperti Airport yg terdekat,Kilometer dari airport ke universiti diatas,trasport ke tmpt blaja, Kos Sewa rumah Kwsn tersebut,duet sem, mata pelajaran, kos sara hidup, buku, dan lain2 maklumat yang pihak anda rasa saya perlukan.
kebiasaannya, kemasukan ke universiti tersebut diumumkan melalui saluran mana?bila dan dimana.
segala maklumat yang anda berikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih
doakn jodoh penghijrahan saya kesana…Amin.
wassalam
Assalamualaikum. saya ada beberapa soalan.
1) Anak saya lepasanlam ekon spm bminat melanjutkan pelajaran dlm ekon islam di univ yarmouk apakah ada syarat-syarat kemasukan (pemilihan).
2) Adakah perlu menduduki peperiksaan tertentu utk prasyarat kemasukan.
3) Berapakah jumlah subjek utk 1 sem dan jumlah keselurahan subjek untuk pengajian kursus tersebut. sbb nak calculate kos pengajian.
Skrg dlam proses nak submit borang-borang ke KPT.
Jazakallah hu khairan atas respond.
ana rase…xper jer untuk penempatan tu. letak je name Universiti…akan ade la nanti penempatan yang akan diuruskan utk enta. mohon jamiah mane muhtadi?
salam
kalo bayt plak cane?
Assalamualaikum wbt,
Zarqa’ univ telah ditukar nama ke (World Islamic Sciences & Education) WISE University
Kemudahan di Jordan ni, insyaAllah ada. cuma janganlah expectkn yang tinggi dan pelbagai.
Cuma nasihat kami agar anda merujuk kepada KPT Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan universiti pilihan anda. atau emelkan ke Jabatan Penuntut Malaysia Jordan pada emel, info [at] msdjordan.jo
Kami di peringkat MPPM berusaha untuk membantu anda sebaik mungkin mengikut kapasiti kami sebagai persatuan pelajar. Kami cuba suluhkan jalan agar dapat memudahkan urusan anda ke Jordan ini.
sekian, wassalam
pn sh muznah
yuran sama seperti artikel diatas..ada disertakan
ana
albayt ok jer..xde masalah..cuma bukan lah di bandar..pekan biase jer…
salam..
bagaimana pula dgn kos ekonomi islam di sana?
ana dapat biasiswa jpa dalam kos tersebut..
persoalannya, ramai x siswa msia yg ambil kos tersebut?
Salam,
Sebenarnya course Ekonomi Islam masih baru di Jordan ini. Ada 3 batch pelajar yang sedang menuntut di Univ. Yarmouk. Dua daripadanya adalah program twinning (2 tahun di Malaysia, 2 tahun di Jordan) dan satu lagi batch permulaan yang sedang menuntut tahun 1 di Yarmouk. InsyaAllah ramai =)
Ujian Placement Test bergantung mengikut Universiti. Subjek untuk ujian tersebut adalah bahasa Inggeris, Komputer atau Bahasa Arab.
saudari khadija
untuk kos, dalam jamiah sama sahaja rasanya kos pengajian dgn jurusan lain..
untuk pengetahuan, IKIP telah beberapa tahun menghantar pelajar mereka menamatkan pengajian di sini @ twinning pgrm..jadi, agak ramai juga pelajar jurusan tersebut di yarmouk
alhamdulillah..
shukran diatas maklumat yang diberi..
amat membantu..
(^_^)
salam..
sekali lagi..
buat kali kedua.. saya ingin bertanya..
saya difahamkan kos ekonomi disana dibelajar didalam bahasa arab..
boleh faham ke?
xsusah ke?
Assalammualaikum…
Khadija.
Ya memang kos ekonomi islam belajar dalam bahasa arab.
requirement ntuk dapat tempat di univeristy Jordan sendiri adalah kemahiran berbahasa arab. kuliyah perubatan pun memerlukan pelajar untuk mempunyai basic arab.
susah? sukar untuk saya nyatakan. kerana ianya adalah subjektif.
biasanya pelajar baru akan masuk ke pusat bahasa dahulu untuk mendapatkan kekuatan bahasa sebelum meneruskan pengajian ke kuliyah masing-masing. insyAllah bila dah mula belajar rasanya tiada masalah. di sini ada juga pelajar2 senior. boleh minta bantuan mereka. so saya rasa susah untuk sesuaikan diri itu bergantung kepada diri saudari.
salam
terima kasih di atas respon
doa ku mengirngi kalian di sana
doa saya semoga dapat ke sana.
Salam,
bila kemasukan pelajar baru dan start kuliyyah?
salam…
sy berminat utk menyambung pelajaran saya ke unuversiti Mu’tah dalam bidang usuluddin..
bleh sy tau berapa kos pengajian di sana n kos-kos lain…
begitu juga dengan penempatan…
adakah same dgn universiti yarmouk?
dan boleh sy tau, pihak saudara ad x cadangan tajaan utk menyambung pljrn kt sane?
cz sy dah buntu untk mcari tajaan…kerana kebanyakan tajaan adalah utk pelajar lepasan spm…
perhatian dan bantuan daripada pihak tuan amat sy harapkan..
time kasih…jazakallah…
salam ‘alaik..
ana nak tanye,,
kalau penempatan pelajar baru di Jordan ditentukan atau boleh dipilih(untuk univrsiti yang sama)?
kos sara hidup di Mu’tah dalam anggaran yang sama diatas ke?
lastly,,ana dan beberapa org sahibah buat masa ni belum menemui sumber bantuan,,boleh pihak MPP suggestkn tak macam mana nak dapatkan bantuan kewangan..memandangkan kos hidup yang tinggi berbanding mesir..
harap pihak MPP boleh respon segera..
syukran ala kulli hal..
imah,
kemasukan biasanya bulan september..melalui KPT
saiza & perindusyahid,
kos di mu’tah lain sikir rasanya.InsyaAllah kami akan update dalam masa terdekat mengenai kos tersebut.
untuk penempatan biasanya akan disusun oleh pihak persatuan untuk memudahkan pelajar.namun masih boleh buat pilihan…
mengenai tajaan atau bantuan kewangan, setakat ini memang agak sukar jika ingin mohon dari Malaysia secara persendirian. Tetapi, di sini terdapat badan kebajikan anak negeri(BKAN) yang akan menguruskan juga urusan zakat bagi negeri masing-masing. Setakat ini, itulah bantuan yang dapat diusahakan.
assalamualaikum..
Disini ingin ana mempromosikan Universiti di amman Pula…
Pembelajaran dan Taraf kehidupan Di Amman nie sebenarnye… lebih baik berbanding di Mantiqoh laen… itu bukan pendapat ana seorang saje.. tp semua penuntut2 di mantiqoh amman.. antara Kelebihannye ialah
1-) Penguasaan Pertuturan Bhasa Arab mudah untuk Dipelajari Kerana Kepadatan Pelajar malaysia di mantiqoh amman hnyelah 30 owang yg terdiri 8 students Degree 7 orang master dan 8 Doktor.. dan kesimpulannye disini kami di ajar untuk berdikari dalam menempuhi kehidupan yg lebih mencabar.. namun kami saling bantu membantu antara satu same laen
2-) kos taraf hidup yg berpatutan.. jika di amntiqoh irbid kos sara hidup disana sebnyak RM600.00 namun di Mantiqoh Amman Hnaye RM400 pown Boleh Hidup.. INI kerana terutamanye students degree mereka akan ditempatkan disatu rumah yg dikenali sebagai bayt a’kzab(rumah bujang) name je umah bujang.. tp alhamdulillah… klo kat malaysia tue owang panggil Rumah Teres 2 tingkat atau rumah pangsa tak ramai pown 6 or 4 orang… dan amat selesa.. dan tdak terkecuali untuk muslimat kerana ade penempatan khas untuk mereka… yg lebih selesa… kami amat menitik beratkan keselamatan, keselesaan dan keharmonian dalam masyarakat malysia di amman..
3- ilmu Tambahan yg akan kamu dapat yg tidak terdapat di university… seperti kelas2 tafaqquh, kelas talaqqi dan kelas2 hafazan dan Bhasa Arab… kelas2 ini bukanlah dibawah kelolaan owang2 melayu kita.. namun dibawah bimbingan Sheikh2 arab yg amat terkenal di Mantiqoh amman dan mungkin juga di jordan atau juga di tanah arab ini sendiri.. contohnye Sheikh MU’az, sheikh Abu Rofa’at, sheikh Saleem, sheikh Mustafa bugha, dan bnyak lagi…. kesimpulannye kita dapat ilmu dan menguaisai Bahasa Arab dengan lebih cepat lagi…kerana disamping menghadiri kelas2 mereka… mereka suka untuk membantu orang2 ajnabi khususnye Malaysian… kerana kiter cepat mempelajari sesuatu dan mudah untuk diajar…. dan ini bukanlah untuk ikhwah sahaja namun akhowat pown ade juga…
4-) Berkaitan dengan Universiti Pula.. di amman nie BukanNye ade 1 universiti je… sepertimana yg di tunjuk dalam BLOG MPPMJ nie… namun pada hakikatnye ade 3 universiti dimana ade students Malaysia yg menunutut didalamnye… Iaitu Universiti JOrdan, World Islamic University sciene Education(Dahulunye UNI Zarqo’) , dan Universiti Jerash Ahliah… jika ingin mengikut kronologi kos yg tertinggi ialah… Ini jordan KOs Pengajiannye Untuk 5 subjek per semester adalah RM4700.. manekala world Islamic University pula satu subjek 40 dinar manekala yuran wajib setiap sem ialah 150 JD… secara kasarnye 1 sem RM3800 - Rm 4200(Ikut Subjk yg diambil) manakla Uni Jerash pula murah sedikit berbanding University jordan dan world Universiti islamic science education.
5-) YG paling Menariknye Amman nie… dialah satu2nye PUsat BAndar Yg paling MAJU sekali Kat jordan nie… dan menjadi tumpuan Pelajar2 malysia seluruh Jordan untuk datang ke Amman keranan di amman sejelah terdapatnye Kedai2 Buku yg Mashur, tempat2 kemudahan sameade perbelanjaan, keperluan dan macam2 lagi( macam kat Kota Raya Key eell) dan tipula klo ade pelajar dari mantiqoh laen kat jordan tak pernah datang ke amman walaupun sekali??? btul tak semua….
6-) Namun spesialye amman nie… kerana pelajar2 degree kuantitinye sedikit.. jd Pelajar Master dan PHD amat ambil berat tentang pelajaran students degree ini… sekiranye musim Peperiksaan ingin menjleme.. maka kelas2 dan rumah pertanyaan tumbuh bagai cendawan lepas hujan… mereka meluangkan mase mereka untuk membantu pelajr2 degree dalam menghadapi peperiksaan untuk bertanyakan kemusykilan2 dalam pelajaran…. ini semua adalah kelebihan yg mungkin sukar untuk didapati di mantiqoh laen di jordan ini khususnye…
sekian… sekadar itu sajalah yg dapat ana kongsikan untuk para pengunjung… dan biaselah… dan sekiranye ade aper2 pertanyaan atau kemusykilan boleyhla bertanye kepada ana di emial: fauzansoleh@yahoo.com atau lawati blog persatuan kami di http://www.ppmaj.blogspot.com..
ahlan wasahlan ilal mantiqoh amman fil urdun…( selamat datang ke daerah amman di Jordan) kami amat mengalu-alukan kedatnagn pelajar2 baru ke amman…
test
salam..
kebiasaannya org arab di sana peramah x?..maksudnya mereka akan sapa kita dulu ke?
fadhilah….
ana tak pastila… tapi kalau mantiqoh amman..
selalunye owang arabla yg tegur kita dulu….
dan faham2la… kiter kene balas la blik…
tue klo lelaki la…maksud ana lelaki same laki…
klo popuan2 nie ana tak pasti la jugak….
story sikit cara nak sambung master kat jordan 2
cuba ceritakn serba sedikit tntang kehidupan di JUST..umumnya di jordan..
sya rse sya dah tau jwpn bagi soalan sya sblom ini,so,bleh x saya nk tau samada pelajar bidang pergigian akn ad housementship o x??????
assalmualaikum… maaf ade kesilapan dalam link blog persatuan amman yg ana tulis sebelum nie… dia tak leh masuk plak….. nie link dia ” http://www.ppmaj.blogspot.com ” syukran…
salam..
syukran jazilan pd sume2 yg brkongsi info kt cn..
dpt tau gk ckt2 bnda2 yg perlu n pntg..
site ni mmg byk mmbntu d samping mmbc blog2 pljr kt joden ni..
irbid sudah, amman pun sudah promote mntqh msg2..
mu’tah ble lg ek?
huhu..
hrp sgt sape2 la yg tgh blaja kt mutah tu bleh bg info2 cmni..
trime ksih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jasa kalian di kenang..hehehe..
~org yg msih brhrap untuk ke mu’tah~
Askm,
Kemasukan ke univ, setahun sekali je ke?
Skrg ni anak akan ambil STAM hujung tahun ni.
Since Jordan x memerlukan STAM, kalau ada 2nd intake ke, nak juga
try apply ke sana
Harap dibantu.
Wasalam.
second intake….
di mantiqoh amman ade..
2 universiti..
Uni jordan dan world isalmic saince n technology University(wise)
dalam pengambilan bulan 1 or 2 macam tuelah…
so klo nak aper2 maklumat lagi… lawat lah blog amman… disan akan diceritakan secara detaill… insyaallah
syukran
assalamualaikum
ana sebgi pelajr di uni mu’tah ingin mengalu2kn khdiran plajr2 bru di univ mu;tah,bt bakal pelajr yg ingin memilih untuk melnjutkn plajrn di mutah khususnya, pilihan anda tepat.mgapa sy mnyatakn demikian,dr kos yuran di mutah adlh yg pling murah drpd mantiqah yg len,anda bleh mndptkn sgla maklumat ini di blog persatuan kmi iaitu permata.disamping itu,di mutah jg terdpt bnyak tempt2 yg bersejrah..sbg contoh tapk peperangn mu’tah yg mashur dlm sejarh islam, disinilah temptnya gugur perwira islam kita spt ABDULLAH BIN RAWAHAH.JAAFAR ABI THALIB(AT THOYYAR) DN ZAID BIN HARITHAH.TERDPT JGA MAKAM2 NBI YG TERLETK DI KARAK.ok brbalik kpd univ pula jrak antr univ dr mutah hnyalh 10 minit dgn mnaiki cooster dgn kdar tambng 0.15,universitikmi jga mnawarkn facilities yg sm spt univ lainnya.taraf khidupn disini jg murah jika hendak dibndigkn di mantiqah lain.scra jujurnya jika anda berminat untuk mnyambung plajarn disini..kmi sntiasa mmbantu anda,bt pengetahuan anda semua..mutah mnwarkn ijazah syriah dlm takhasus usul fiqh.usuluddn dn jurusan bahasa arb.Jgn bimbang dgn tenaga pengajar disini krana mereka amat2 meraikan kita dn bnyak mmbantu kita..prcyalah..dn tenaga pengajar disini bukanlah calang2 orgnya.anda akan rs beruntung bukan?..sejarah mnyatakn bhwa kemasukn pljar2 bnyk di mutah pd thn lpas mngapa?anda fikirkn sendiri…kmi sudi mmbantu anda.sgala pertanyaan boleh terus mghubungi no ini.+962779371321.moga setiap pertanyaan bisa dirungkaikn.salam dr bumi mu’th.~~siswi mu’tah~~
second intake di univ muth pun ader,bt ummu munir sy mnyarankn agar puan berhubung dgn jabatan penuntut mlysia jordan dn kpt di mlysia untuk lebih maklumat tentng kmasukn fasal thani(second intake).
wassalam
bt birunean..jika sudah terdetik dihati untuk datang menuntut ilimu di bumi mutah ini…kmi mngalu2kn anda..inSYaALLAH sgala os detail tntg kos sara idup dn yuran pngajian di sini akn kmi masuk kn secept mgkin..
salam’alaik… maaf brtny, kalau untuk medic plk mcm mn?
sy x brp fhm …
lgpn, sy mmg mnt dgn tahfiz quran dan cita2 sy mmg nk jdi doktor and hafiz AQ… tpi mcm mn?
salam..
bt siswi mu’tah,syukran ye akak..
info yg sgt2 mmbntu bt kmi d msia ni..
tntg kos sara idup n pngjian,mmg prkra ni la yg sy nk tahu sgt..
sbb nk tgok anggrn kos kt c2..nk bt bajet 2009..hehehe…
em,,bleh x klu akak critakn cmne sistem pngjian kt c2,semester die same x mcm kt msia nih?sbjk2 kt c2..exam kt sne..
jazakillah..
~hee..akhirnye ada gk wrga mu’tah yg brsuara..tme ksh!!!!!!!!!!~
assalamualaikum…sy nk tnye..mcm ner sy nk daftr utk blaja ker jordan selain pergi ke kpt…ada cr len?sbnrnye sy skang ada di mesir..mengambil kursus bhasa arab..dan ingin menyambung blaja ke jordan..sy minat dlm matematik n bhasa..apa bidang yg sesuai dgn sy..n university mne yg patut sy masuk…tima kasih..
Assalamualaikum!
Terima kasih dan tahniah kerana saudara memilih Jordan sebagai tempat utk mendalami ilmu pengetahuan. Mudah-mudahan kehadiran saudara ke bumi bertuah ini dapat memberi manafaat kepada agama,bangsa dan tanah air.
Untuk makluman saudara, terdapat 4 buah universiti yang menjadi pilihan pelajar Malaysia mempelajari bidang Syariah, usuluddin dan bahasa Arab. Universiti2 tersebut ialah Univ Of Jordan, Univ Mu’tah, Univ Yarmouk dan Univ Al al-Bayt. Semua universiti tersebut adalah terbaik dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak dari tahun 1995 lagi.
Pilihan saudara untuk belajar di Univ Yarmouk adalah pilihan yang baik. Di samping kemudahan infrastruktur yang baik, kebolehan dan kepakaran tenaga akademik di universiti tersebut juga tidak dapat dinafikan lagi.
Sehubungan itu, pilihan saudara untuk menyambung pelajaran di universiti tersebut adalah tepat.
Semoga saudara akan terus berjaya.
Sekian, terima kasih.
Arman Bin Md Rusoff
Atase Pendidikan
JPM Jordan
Ammna
Jordan
> ——-Original Message——-
> From: Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
> Subject: Fw: pertanyaan
> Sent: Jun 07 ‘09 08:35
kepada rijal mohamad, sy bru ni ada hantar msg kpd Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, alhamdulilah ada jawapan, apa kata awak cuba, mana tau jawapan awak terbalas..
ok kalu adik nk thu lbih lanjut
adik tinggalkn alamt emel adik..nnti kita akn berhubung dgn ym..insyallah
pnjg lebar lgi..
bt birunean mf ats klambtan,sb internet kt umah akak ni problem..ok ini mklumt2 yg kmu hndak.
scra asasnya yuran untuk subjek adlh dikira dgn jam.ok,akak mudhkn adik,
1 subjek= 12jd(itu andai subjek itu 1 jam kredit) andai subjek yg adik amik tu 3jam kredit so 12 x 3=36jd.ok setiap sem selalunya kmi akn amik 6 subjek,tp ikut jg pd plajr,kdg2 ade yg amik 5 subjek pling sikit.
tp kt universiti nii sma cm univ lennya,ader 3 semester
semester awal.semester kedua dn ketiga,smester ketiga ni(soifi)adalh pilihan boleh amik atau tidak.smester sm je mcm sistem kt mlysia tu..xsm cm mesir kt sini,ader markah musyarakah(partisipasi)markah akn diamik melalui hdiran kita, kalu sistem exm plak..ader imtihan awal.kedua..kiranya xtumpu seratus-peratus pd nihie..kita bleh mula..skor pd imtihn awal dn imtihan thani tu..akak brminat nk mmbantu adik lgi klu xkberatan adik tingalkn private ym ye.snag kita brbicara inyaALLAH
salm bt saiza..anda di alu2kn untuk smbung bljr di mutah ini..insYALLAH..
ok sperti yg telah akak story pd birunean..kdar yuran kt cni adlh 12jd untuk 1 jam andai amik madah2 3 jam jdi 12x 3 dn ia brgntung kpd brpa subjek kita amik.
akk jg plajr usuluddin.
ok utuk urusan kwangn ..adik jgn riso..kita yg bljar agama ni tuhan akan buka jaln pd kita insYALLAH..REZEKI SENTIASA murah percyalah..akak jg mmpunyai mslh bgitu seawal dtg kesini..tp alhmdullilah masa akak kt mlysia tu akak bt surat tajaan dr mane2 pihak yg bermint..alhmdullilah sbelum dtg sini akak dpt kumpulkn dlm rm 8ribu dr pihak2 yg baik hti yng sudi mmmbntu akak..alhduliah.1 cdngan akak ade terdgr tntg jpa dn mara jg ade mmbuka ruang untuk kita ,sejuh mne akak xberapa pastilah tp adik bleh merisik2 pd pihak yg berkaitan yer..mudh2 ALLAH mempermudhn urusan adik ye.
~~membantu pd yg memerlukan~~
salam siswi mu’tah..
saya nak bagi satu cadangan la.. harap2 berguna untuk tahun depan..
siswi tau x, sebenarnya ramai dari pelajar malaysia nak keluar negara, antara negara 2 jordan pun ada juga.. tapi ramai yang saya tany, diorang cakap susah la, tempat org la, macam2 alasan, sebenarnya bukan alasan x mau p, tapi sebenarnya alasan sebab tau x je.. saya harap siswi bleh wat secebisan yang melengkapi dengan semua maklumat, macam siswi elok terangkan tentang mu’tah.
cite macam mana nak daftar, borang ambik laman mana, kos hidup sana, yuran sem, ala.. siswi bayangkan macam siswi ni org bru nk p sana la.. mungkin dapat bantu ramai orang, termasuk saya..
~auraannuha~
*secebisan dan seciput Maklumat*
salam bt semua!!
bt siswi mutah..jzkklh ats info yg dbrikn kt ats nih..
sy tdk kbrtn untuk mmbri ym sy pd akak, cmanya klu bleh biarlah sgla info psl univ mutah diltkkn kt cn..biar sume tahu..
sbb sy tau, ramai yg d msia ni mgkn nk tau byk psl u akak tu..trutmanya kwn2 seangktn dgn sy..
jd, nt ble dh dihebahkn kt site ni, mudahlah bg yg len untuk mengethuinya dgn lbih lnjut dan bleh brtnyakn ape2 yg perlu d cn..
biar kita semua dpt brkongsi segala mklumt2 yg penting kt site nih..cm proses ke sne..penaja..kos sara hidup..kos pengjian..n len2 yg drasakn perlu untuk dktahui..
asif ye kak siswi mutah..hrp akak fhm mksud sy ni..(^^,)
bt izaan azalan…
ye! sy sokong cdgn kamu..tu lah yg sy nk smpikan..hehe..mmg mmhmi..ape yg awk tlis tu pun mmg ade yg trjd kt sy..
klu bleh, len kli bia ade 1 entri khas yg mncritakn univ msg2 d jordan ni..
haa..kan best klu dpt brkongsi mklumt?? xgitu..hee..
~hidup univ mutah!!cewah..mcm da jdk studen sne..heheh~
syukran bimusaa’datikum..
salam birunean..
secara x langsung kita ni dah push persatuan univ. masing2 tau,,
saya harap cara ini berkesan.. tambah spm tahun ni pun nak dekat.. mesti lagi ramai calon nak tany.. kalau depa x sedia awal2 jadi la macam tahun ni..
maklumat x berpa lengkap.. btul x?
peace Yo!
~auraannuha~
assalamualaikum..
bole sy taw email jabatan penuntut malaysia jordan…..
salam rijal
arman@msdjordan.jo atau try ni info@msdjordan.jo
syukran atas cadangn
salam,,inyaALLAH sya dan kawan2 seperjuangan akan berangkat ke mu’tah,jordan..
urusan kali pertama kami sampai ke sana nanti macam mana???..
hemm,,cos untuk kali pertama neh paling banyak mesti ada dalam poket bape??,,
syukran bimusaadatikum,,,
ok bt nuruliman.
1)tindakkn awal yg adik perlu bt
step 1- adik kne informkn kpda MSD juga pihak persatuan pelajr mutah(informn pd MSD tntg jumlah plajr yg nk ke mutah.tarikh dn waktu bertolak dn waktu sampi ke jordan.
step2- pengangkutan.ok adik kne informkn awal2 pd msd, dn persatuan spya kmi di pihak persatuan dpt mnyediakn pengagkutan yg mencukupi untuk adik2.pengagkutan ini adlh ditanggung oleh pihak adik2 sendiri iaitu 1 van = 40jd(rm200). 1 van bleh memuatkan 5 org termasuk dgn barang2.andai kata melebihi drpd 5 org maka bersedialah untuk menyediakn byaran bg 2 buah van.tp jika adik dtg grouping maka adik share sewa van tu ngn kwn2 adik yg len..
step3..sems dtg di sini di tangan adik mstilah ade rm6ribu..pastikan tukr dlm matawang USD 100.
setreusnya- pnempatan- sesudah adik sampai ke kota mutah ni,adik jagn bimbg perihal penempatan, kerana kmi akn menmptkn adik di rumah senior2 di sini dhulu smentara mnunggu penemptan tetp.cm mgkin adik ats budi bicara adik kalu mahu memberi serba sedikit sumbgn bt tuan rumah..mgkin untuk byrn letrik atau maknn itu trpulang.
tentg bayaran yuran pula- di pihak persatuan akn uruskn yg pling penting adik perlu mmpunyai duit di tangan..untuk kita uruskan proses amik darah, nk bt kad pengenalan sini. cm adik kne tahu ape2 urusan yg mmbbitkn pihak kerajaan jod ni kne guna duit.itu shja
pasal amik adik tu..persatuan yg akn mnjemput ..tp perlulah di beritahu bila dn berapa org senng untuk kmi mnguruskn..perihal penggkutan ini
ok akak bg no pengarah MSD +962797154805(ust sulaiman)dn no persatuan kami +962779371321.
ape2 trus berhubung kpd pihak persatuan n msd. sekian
assalamualaikum.
sy nk minx pndpt,di jordan sebelum memasuki uni,pelajar mesti masuk markas bhasa dlu kn..so di sinie,sy sdg melalui pelajaran kursus bhasa di mesir,n sy nk smbg blaja di jordan..sy nk tanye,sama ada sy kna abiskn kursus bhasa yg sdg sy ambil nie dn terus apply ke jordan or amik markas bhasa di jordan better..
assalamualaikum…untuk kemasukan di universiti di jordan bagi intake sem hadapan maksud saya bulan september masih sempat tak untuk saya buat urusan?sekian terima kasih…sekiranya sempat saya perlu dapatkan borang di KPT untuk tajaan persendirian?
salam,,,,syukran jazilan akak,,,,,hemm,,tp kami di sini bawah pengurusan jpa,,,maknanya bla smpai sna suma kmi kna urus sndiri ka???,,,cam pengangkutan 2 kami kna col sndri atau cam mana???…
Permohonn tuk sem baru kemasukan bulan 8 or 9 masih lagi di buka….
sekiranya ada sesiape yng berminat untuk beljar di amman…. kami akan sedia membantu…. namun di mantiqoh laen ana tak pastila….
dan untuk pelajar2 kemasukan baru tak kira lah ke mantiqoh mane2 pun…. antum semua jangan risau… sehari or seminggu sebelom antum bertolak ke jordan… khabarkanlah ke Malaysian students departmetn Jordan…. Msd akan maklumkan ke persatuan2 mantiqoh… mereka yng akan menjemput, dan meyediakan segala keperluan yg diperlukan dalam jangka mangsa tertentu sebelom antum berdikari sendiri nanti…. insyaallah…..
maklumat ringkas boleh lawati disini..
http://www.mppmjordan.com/?p=242
Assalamualaikum.
Ada sedikit pertanyaa tentang prosedur kemasukan ke universiti Yarmouk (khususnya).
Pelajar yang ingin masuk di univ ni, masih dikenakan dengan sistem mawazi lagi ke? Kemasukan di univ ni juga, adakah hanya pada permohonan melalui KPT? Jika permohonan dibuat secara individu (buat sendiri urusan), dilayan atau tidak? Senior di univ yarmouk yang x-kolej Jaiputra sebelum ni, masih adalah lagi ke?
Harap bantuan ntum.
JZK, WS
Salam sya cuma nk tnya cra pmblajaran dsna mcm mna yer??????
salam~
act,Saya student spm 09..
dan insyallah tahun dpn akn mlnjtkn pljrn ke prnigkt U..
saya sgt bminat untuk mnymbg pljaran di jordan…
tp masalahnya…
di jordan..
ade x course company manAGEment.?
klw ade..pe kelayakan nk pergi ke sane.?dan U pe yg ade
mnwrkn course nih.?
jika course tu xde..
boleh x bg tahu..
pe kelayakkn untuk ekonomi islm pula…
saya sgt bminat akn kedua-dua course nih…
akhir kalam..
moga2 sgla prtanyaan saya trjwb…
dan mudah mudahan dpt juga saya mnymbg plajaran di sane..
amin.
salam…betul ke x de pengambilan bulan 9 ni?saye lepasan diploma dengar cerita x de pengambilan bulan 9..betul ke?
kepada bushroh…. lepas nie.. enti reply di page ‘jom belajar di kordan ” k.. hearm…. ade je.. pengambilan bulan 9….. enti dapat berita dari mane nie pasal pengmbilan bulan 9 takde??? name dah naek dah pown.. just ait n see je.. name enti naek ke tak…. syukran….. mane kala bg khairunnisa’…. bhgian managemnt tue.. lebih baik enti sambnug malaysia jela… malaysia lagi baik dalam hal2 teknologi2..n pengurusan nie… tp klo nak sambung ekonomi… enti leyh apply yarmouk… sane ade ditawarkan… n ape2 yg berkaitan boleyh tanye ngan students dari uni yamouk.. di laman web rasmi persatuan di yarmouk… syukran…….
salam..erm skunk angaran masih same ke??
boleh tak tunjukkan senarai nama kemasukan pelajar yag telah diterima ke universiti mu’tah tahun 2009?
erm nape x de yg reply email kelmarin???
stdnt2 or senior2 jordan bz ke???
huhu susah la dpt maklumat lambat…
afwan…
anggaran rm6000 utk belajar di yarmouk masih same ke??
salam…sy x mngambil b.arab,q&s,serta syariah dlm spm,tp dapat 5 credit seperti dsyaratkn….tetapi sy boleh berbahasa arab dan memiliki 4 thanawi…boleh ke nak apply..?nk sangat ke jordan…
assalamualaikum,sy mnat bhs arab…u mane yg twarkan kuliah lughah?di amman u manekah yg twarkan kuliah bhs arab?
salam…klu nak masuk markas lughoh kat al-byt tu boleh x??tapi x masuk universiti al-byt..just nak tumpang..dan nak uruskan kat mana tentang urusan kemasukan ke markas itu??
salam………susah ke untuk pelajar pergi smbung pengajian ke Jordan memandangkan apa yang sy dgr admission ke Jordan agk tinggi, dan satu lagi, ramai ke stdnt dr Kolej Jaiputra di sana? Dan, utk progrm medic di JUST, kalau pergi under private, dia punye admission tu susah ke ?
salam…
emm..kalo lepasan diploma plk cmna p’mohonannya..sma ke dgn lpsan spm??
ana tringin m’nyambung study di Univrsty Mu’tah…tp byk k’musykilan yg ana nk tnya..kalo isi borg guna result spm@diploma punya??bleh add drope subjek x??
disini ana tgglkn email ana…mgkin dpt m’bantu…hani_zaifa@yahoo.com
salam…
anda boleh bertanya terus ke nombor ini..
http://www.msdjordan.jo/Contact%20Us.htm..
rasanya kalau nak sambung ijazah belajar ke sini semua guna spm..
kalau guna diploma hanya ada beberapa unversiti kat malaysia je boleh yg telah buat MOU dan program pertukaran pelajar..
kalau universiti anda tak ada khidmat pertukaran macam tu maknanya kena datang guna spm je la..
assalamualaikum….
sy ni bru lepsn stam…nk g kt uiversiti yamourk cm ne????
apa syarat2 nk kt ke sna???
agak2 course cm ne sy blh ambil????
n klu nk mohon biasiswa cm ne?????
blh tlg balas secept mungkin….
terima kasih…..
salam..
ana ni bekas pelajar yarmouk.syukran sebab ada laman web mmpm yang kami dulu perjuangkan untuk dibentuk 1999/2000 dulu.. cuma ana nak tanya 2 soalan.
1- borang permohonan KPT jordan ni memang sure akan diterima ke utk study di jordan, even tiada penaja??
2- bila pelajar akan dimaklumkan result permohonan diaorang??
bukan apa sebab nak adjust utk anak2 murid di sabah ni. dulu laluan kami tajaan KPM.. lain.. skarang tiada sudah. harap beri penjelasan. syukran ala husni musa’adatika
Assalamua’alaikum.. Kat sini xder pula yang nak promote ttg UNIVERSITI AL BAYT.. Kenaper yer? Sy dah apply borang KPT semua, dan akan ikot kursus bahasa di YIK, Jd di kesempatan itu, sy nk tanya.. brapa yer keseluruhan kos yuran semuanya skali dlm stu sem habis klu di Al-bayt? Satu lagi saper2 leh citerkan tak ttg Al Bayt ni.. Terlalu berharap sgt3..
Assalamualaikum..
semoga semua sehat2..bagi sesiapa y memerlukan borang permohonan belajar ke jordan, boleh terus ke web ini..
http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/BORANG%20KPT%20JORDAN%202010.pdf
.::semoga Allah permudahkan urusan kalian::.
salam izz.. ana nk tnya cmner yer klu xnk ke al al-bayt.. nk tuka university amman lain?
to nik:
universiti di amman hanya ada 2 universiti pelajar B.A menuntut iaitu universiti jordan dan universiti ulum.. namun untuk kemasukan ke universiti ini agak payah sedikit berbanding universiti yang lain.. untuk tukar universiti agak payah kerana tawaran dikeluarkan berdasarkan permohonn..
berita terbaru tentang permohonan kemasukan ke universiti Of Jordan. ” http://kfwqud.blogspot.com/2010/07/permohonan-untuk-penukaran-permohonan.htm
salam ‘alaik….
sy ingin melanjutkan pelajrn digree sy ke mu’tah insyaallah penerbangan pada bulan 9 2010 ni…
tapi kewangan masih x stabil lg..
zakat xdapat. nak tanya ada x pinjaman lain slain ptptn suk or mara. sbb smua tu xde..
kat sini sy nak tau untuk yuran di mu’tah dalam 1 semeter brapa?harap dpt membantu…
ni alamt ym sy…
aca_nisa89
jazakumullah…
assalamualaikum…
nak tanya sikit….
saya berminat nak sambung master dkt Jordan…
tahu x macmana saya nak dptkan biasiswa…
saya dah berumur 32 tahun…
skrg ni tgh bkrja…..
salam, saya abdullah hillmee rifin, nak tanye sikit mengenai sambung ke univ of yarmouk..soalan saye..
1.saya nak sambung dalam bidang ekonomi islam di sana..boleh x kalu sampai disan baru saye pilih bdg nie, untuk pengetAhuan saya sudah apply melalui ipt, tapi dlm bdg lain,
2.boleh x saya apply jpa dlm bdg nie memandangkan saya berkelulusan dip.
3.boleh x saya apply biasiswa disana, dan siapakah yg biasanya yg menewarkan biasiswa ke sana??
terima kasih..salam 1 malaysia..
Assalamualaikum warahmatullah, setelah sekian lama akhirnya jumpa juga maklumat yang sangat baik yang saya tercari2 selama ni, tahniah saya ucapkan kepada MPPWJ berjaya memberi info dan maklumat kepada orang2 yang berminat untuk menyambung pengajian mereka, saya nak bertanya untuk kos master di sana, wallahu alam saya nak sambung master di universiti Yarmouk dalam kos fiqh dan usul(syariah), siapa yang harus saya hubungi? Jika ada salah seorang saudara2 yang boleh bantu saya, jazakallah khair, saya baru selesai pengajian ijazah dan berminat mengambil MA di sana. Jazakumullah kher.. Saya lepasan ijazah timur tengah..Morocco/Maghribi..
salamualayq…saya sebenarnye penuntut lepasan stam n diploma syariah dan sudah selesaikan pon borang kpt yg antum brthu tu…cuma skrg sy ada 2soaln yg msih lgi berlegar2 kat minda sy anugerah Allah taala ni:
1) betul ke universiti mu’tah boleh menerima plajar lepasan diploma utk smbung ijazah,brape plak jangka msa pengajian sy tu?
2) bilakah tarikh sebenar2nye yg kami akan bertolak ke jordan?sy tnya ni sebab bila telefon kpt dieowg pon x thu bila n dieowg suggest supaya sy email pd m.s.d…
salamun alaik…
saya bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke jordan..insyaAllah..
tapi.sekarang ni..saya sgt blurr dan tak tahu nak buat apa sebab result BTN tak keluar lg..tapi orang lain yang under yayasan negeri dah book tiket..
jadi saya tak pasti perlukah saya book tiket dulu atau saya kena tunggu surat tawaran dari KPT jugak.
1 lagi perkara..saya sekarang belajar di UiTM kos asasi undang2..jadi saya dah tinggalkan bahasa arab selama setahun.
boleh ke saya nak catch up balik nanti??
atau ada ke kelas persediaan untuk belajar bahasa arab sebelum saya memasuki fakulti yang sebenar.
syukran katheer…=)
salam.nk tnye kit..cam ner nk cek snarai name plajar bru yg nk ke u mutah?